Tuesday 31 March 2015

Kenali Penulis

Teks: Fasya Fazida
Foto: Samsung Koleksi Peribadi
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
SIAPA SAYA?
Saya merupakan seorang ibu kepada tiga orang permata hati. Seorang isteri kepada suami tercinta juga seorang anak kepada ibu bapa yang selalu mendoakan kesejahteraan anaknya. Seorang yang minat menulis daripada kecil, saya sering menzahirkan perasaan dan pengalaman saya melalui penulisan. Ketika di sekolah rendah, saya gemar menulis puisi. Sudah tentu puisi dengan bahasa kanak-kanak yang tersendiri. Mengekspresikan perasaan dan pengalaman. Seperti kebanyakan kawan-kawan lain, saya juga memiliki Diari Rahsia Hati. Pernah diari saya dicuri oleh teman sekolah, mujur saya banyak membuat huruf kod di dalam diari saya. Jadi, sia-sia sahajalah usaha dia untuk mendapatkannya. He3. Ah, itu cerita lama. Tersenyum sendirian saat saya mengingatinya.
Kebanyakan yang saya kongsikan di dalam Diari Rahsia Hati itu berkisarkan kawan-kawan sekelas, kehidupan seharian bersama keluarga dan tentunya suka duka perasaan saya. Selepas tamat pengajian, saya memang mengimpikan untuk bekerja di sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya diterima bertugas di sini. Saya ditawarkan untuk bekerja di bahagian majalah kanak-kanak, jabatan Penyelidikan & Pembangunan - Research & Development. Selama bertugas, saya dikelilingi oleh kanak-kanak. Baik dari segi penulisan, fesyen, motivasi mahupun aktiviti. Dunia kanak-kanak memang meriangkan. Selepas beberapa lama, akhirnya saya mencuba untuk menulis buku kanak-kanak. Alhamdulillah, percubaan saya menjadi. Selepas naskah demi naskah diterima, saya kian menjiwai penulisan buku kanak-kanak. Setelah beberapa lama, saya mencuba pula untuk menulis buku untuk Projek #100Buku anjuran Buku Prima. Alhamdulillah, satu karya saya terselit dalam ratusan karya yang dihantar oleh puluhan penulis. Hanya 100 karya sahaja terpilih untuk Fasa 1 ini. Menurut penganjur, 2 lagi karya saya mungkin akan dimasukkan ke dalam projek Fasa 2 pula.
Sebulan selepas itu, karya saya 1 Hari 1 Cerita bersama Buku Prima juga diterbitkan. Ini juga merupakan kepuasan tersendiri buat diri saya. Untuk itu, saya ingin sekali berkongsi dengan pembaca semua, jika anda minat atau ingin berjinak-jinak untuk menghasilkan Penulisan Buku Kanak-kanak, bolehlah kita sama-sama kongsikan ilmu yang diperoleh. Saya percaya, ramai yang ingin memulakan penulisan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Ramai yang tahu menulis novel atau cerpen kisah berkisarkan cinta atau pun kemanusiaan, tetapi tiada kemahiran untuk menulis penceritaan dari sudut kanak-kanak. Akhir kalam, mari sama-sama kita kongsikan ilmu yang Allah SWT turunkan dan sama-sama kita manfaatkannya. Insya-Allah.

9 comments:

  1. Bagus2..boleh la guna informasi dari sini untuk buat novel tersendiri.

    ReplyDelete
  2. Bagus2..boleh la guna informasi dari sini untuk buat novel tersendiri.

    ReplyDelete
  3. jom bkongsi tips mnulis...saya pnulis buku teks.

    ReplyDelete
  4. jom bkongsi tips mnulis...saya pnulis buku teks.

    ReplyDelete
  5. LuckyClub: Lucky Club Casino site | Casino and Sportsbook Review
    Lucky Club is a brand new site in the gambling industry. It's a platform that allows players from around the luckyclub.live world to deposit money on the casino.

    ReplyDelete